Tips / Bacaan Menarik


  • Kaedah Cucian dan Jemuran
  1. Hindari penggunaan serbuk pencuci pakaian ataupun cecair pencuci pakaian ketika mencucinya.Saya biasanya cuci menggunakan pelembut fabrik(fabric softener) ataupun gel mandian,jadi wangi gitu.
  2. Caranya-letak lingerie dalam besen atau baldi,tuang sedikit pelembut fabrik atau gel mandian,letak air secukupnya.
  3. Jangan rendam,kalau kotor boleh rendam sekejap tapi jangan la sampai berjam-jam atau berhari-hari,cepat la rosak benda alah tu.
  4. Sental perlahan menggunakan tangan,tak payah sental kuat2 sebab bukannya kotor sangat pun,abis2 bekas air tutttt je,kalau sental macam sental kasut sekolah nanti tak pasal-pasal terkoyak sebab lingerie ni mostly diperbuat daripada fabrik lembut dan tak tahan lasak(kalau tahan lasak bungkus la company2 yang keluarkan lingerie tu yer),kemudian bilas dengan air sejuk.
  5. Jemur di tempat yang tiada sinaran matahari sebab tak nak warna fabriknya cepat pudar.

  • Kalau boleh,miliki lebih dari 2 lingerie atau baju tidur style menggoda ni,tak la si suami asyik tengok baju yang sama je,pelbagaikan pilihan warna dan style..bab kata sorang customer saya..biar macam2 ada:)
  • Tiap-tiap hari ke kena pakai? Ikut suka masing-masing la dan juga ikut situasi masing-masing.Ada yang pakai tiap-tiap hari(ni jenis yang banyak koleksi),ada seminggu sekali,sebulan sekali,setahun sekali pun ada,tunggu wedding anniversary la katakan..hehe)..ada jugak yang pakai sekali lepas tu tak pakai-pakai(kes lingerie terkoyak time tutt..nasib la ye)
  • Combine kan penggunaan lingerie ni dengan minyak wangi,minyak aromaterapi dan sebagainya...makin mengancam naluri sang suami la jawabnya...ingat...menghiburkan suami tu tanggungjawab isteri...dapat pahala lagi,suami pun senyum sampai ke telinga...

 Tips Memilih Bra Yang Sesuai

KESAN DARI MEMAKAI BRA YANG TIDAK SESUAI :

  • Bra terangkat dibahagian belakang
  • Tanda merah dan kesan tali ketat
  • Payudara terkeluar dari bra atau terbonjol sedikit di ketiak

  • JIKA ANDA SERING MENGALAMI KESAN BERIKUT, IKUTI LANGKAH-LANGKAH SETERUSNYA UNTUK MEMBANTU ANDA MENDAPATKAN SAIZ BRA YANG SESUAI:
  • LANGKAH 1
  1. Pakai bra semasa mengukur sambil berdiri
  2. Ukur disekelililng bawah payudara. Jika anda mendapat nombor genap, tambah 4 inci. Jika anda mendapat nombor ganjil, tambah 5 inci. Sebagai contoh :
  • Jika ukuran anda adalah 31"
  • Tambah + 5"
  • Saiz bra anda ialah 36"

  • LANGKAH 2
Ukur disekeliling bahagian terpadat payudara. Bandingkan nombor ini dengan saiz coli anda. Jika nombornya sama bermakna saiz cup anda adalah A. Jika perbezaan 1" bermakna saiz cup anda adalah B dan seterusnya.

----------------------------------------------------------------------

Bagaimana Mencuci Pakaian Peribadi Supaya Tahan Lama
  1. Cucian mesin dgn putaran ringan. Guna ' uncang pakaian dalam'
  2. Cuci menggunakan air sejuk dan sabun pencuci lembut.
  3. Cucian tangan untuk pakaian yg 100% berenda.
  4. Jangan perah dan seterika pakaian peribadi.
  5. Jangan merendam lebih daripada 15minit.
  6. Cuci warna yang gelap berasingan.
  7. Jangan gunakan bahan pemutih.
  8. Jemur ditempat teduh dan berangin

No comments:

Post a Comment